Thursday 28 June 2012

Vandalisme

    Pada zaman serba canggih ini,banyak kes vandalisme yang berlaku akibat tidak mempunyai sikap bertanggungjawab pada diri masing-masing .Kebanyakkan yang melakukan  vandalisme ialah remaja,kanak-kanak dan orang dewasa.
    Terdapat beberapa kesan yang berlaku di sekeliling kita akibat vandalisme seperti merosakkan harta benda awam.Antaranya ialah menconteng dinding tandas,sekolah dan bangunan yang menyebabkan pihak kerajaan perlu mengecat dinding tersebut dan memerlukan tenaga kerja dan masa yang lama.
     Selain itu,orang pada zaman sekarang sering merosakkan telefon-telefon awam yang disediakan oleh pihak kepada kita untuk kemudahan kita.Kita boleh menelefon sesiapa termasuk kecemasan jika telefon awam dirosakkan.Tetapi,kebanyakkan telefon awam rosak dan menyukarkan penduduk di situ untuk menelefon semasa kecemasan kerana tidak mempunyai telefon bimbit sendiri.
      Terdapat beberapa langkah mengatasi vandalisme antara pihak kerajaan perlu mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada perosak harta benda awam dengan mengenakan denda yang sepatutnya.Selain itu,pihak sekolah perlu mengadakan kempen kesedaran kepada pelajar sekolah dengan memberi motivasi kepada mereka.
       Terdapat beberapa faktor iaitu terpengaruh daripada rakan sebaya.Mereka sering mengikut ajakan kawan mereka untuk melakukan vandalisme.Mereka juga kurang didikan dan perhatian yang sepenuhnya daripada ibu bapa dan guru.
        Kesimpulannya,kita haruslah memelihara harta benda awam  untuk kesenangan kita bersama pada masa yang akan datang.




-Rafaf bt Muhamad Riadzuddin-

Thursday 21 June 2012

kes pembuangan bayi

    Kes pembuangan di Malaysia kini semakin berleluasa.Semakin hari semakin bertambah bilangan pembuangan bayi.kebanyakkan pembuangan bayi berasal dari kaum Melayu berbanding dengan kaum - kaum lain.
    selain itu,kes ini berlaku disebabkan oleh budaya barat dari segi pakaian.remaja juga kurang perhatian ibubapa kerana ibubapa sibuk bekerja.mereka juga kesempitan wang oleh itu mereka sanggu melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang.
   seterusnya,diri seorang wanita akan tercemar disebabkan oleh maksiat.mereka akan dipandang serong oleh masyarakat setempat.oleh itu,mereka akan dilaknat oleh allah s.w.t.
    kes ini dapat diatasi dengan menubuhkan pusat pemulihan kepada remaja yang telah terlanjur .pihak kerajaan yang perlu mengadakan kempen atasi pembuangan bayi untuk remaja-remaja.pihak kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang dengan megenakan hukuman yang setimpal.
   natijahnya,kita hendaklah menjauhi gejala sosial yang semakin meningkat dari masa ke semasa.oleh itu,pakailah pakaian yang menutup aurat.




 fatin nadia

Friday 11 May 2012

Thursday 10 May 2012

PANTUN TEKA-TEKI

belayar perahu dari Berandan,
menuju arah Selat Melaka,
lebar kepala dari badan,
apakah itu cubalah teka?

burung nuri burung dara,
terbang ke sisi taman kayangan,
cubalah cari wahai saudara,
makin diisi makin ringan?

PANTUN AGAMA

Kemumu di dalam semak,
jattuh melayang selaranya,
mesti ilmu setinggi tegak
tidak sembayang apa gunanya

asam kandis asam gelugur,
ketiga asam riang-riang,
menangis di pintu kubur,
teringat badan tidak sembahyang

Sunday 6 May 2012

siapakah orang yang layak mendapat doa para malaikat


‎11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
 
NIK MAISARA BT MUSTAPA@NIK DAUD

Kisah Dajjal

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Pada hari datangnya sebahagian tanda-tanda kekuasaan Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya." [Surah Al-An'am: 158]

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmizi dari Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: "Tiga perkara yang apabila telah muncul maka tidaklah bermanfaat iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau ia belum mengusahakan kebaikan dalam imannya itu iaitu terbitnya matahari dari barat, Dajjal dan binatang yang keluar dari perut bumi."

Para ulama Ahli sunnah wal Jamaah menjelaskan bahawasanya Dajjal pasti akan muncul kerana hadis-hadis yang menceritakan tentangnya telah mencapai taraf mutawatir sebagaimana dibentangkan takhrij hadis-hadisnya oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani dalam kitabnya "Qisshah al-Masih al-Dajjal wa Nuzuli 'Isa 'Alaihi Solatu Wassalam wa Qatlihi Iyyahu."

Begitu juga tanda-tanda kiamat selain dajjal diikuti juga dengan tanda-tanda yang lain antaranya seperti gempa bumi di sebelah timur, barat dan jazirah arab, keluarnya asap, binatang dari perut bumi, Ya'juj dan Ma'juj, terbitnya matahari dari sebelah barat, dan keluarnya api dari lembah 'Adn yang mengiringi manusia. Hal ini disampaikan oleh Nabi s.a.w. riwayat Imam Muslim dalam kitab al-Fitan Asyrath al-Sa'ah, sebagaimana sabdanya: "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan datang sehingga terjadinya sepuluh tanda…" kemudian disebutkan tanda-tanda sebagaimana telah disebutkan tadi termasuk dajjal.

Disebabkan itulah hendaklah kita beramal soleh sebanyak yang mungkin sebelum keluarnya tanda-tanda kiamat yang besar di atas. Disamping munculnya dajjal juga akan muncul al-Mahdi dan Nabi Isa a.s. Ini semua telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui hadis-hadisnya yang sahih.

Sifat-sifat Dajjal

Dajjal adalah seorang lelaki muda yang berkulit merah, tubuhnya pendek, berambut kerinting, lebat dan tidak terurus, dahinya lebar, sebelah matanya buta (dalam riwayat Bukhari menyatakan sebelah kanan manakala Imam Muslim meriwayatkan yang buta adalah sebelah kiri), mata kirinya tidak nampak jelas dan ada kulit yang tipis selaput mata yang menebal dalam riwayat lain ia berwarna hijau seperti bintang mutiara. Manakala mata kanannya sangat jelas seperti buah anggur yang terapung dalam riwayat lain tidak menonjol dan tidak pula timbul ke permukaan. Sedang di antara kedua matanya tertulis perkataan 'kafir' yang dapat dibaca oleh orang yang beriman dan orang yang sangat benci pada perbuatannya sama ada yang pandai membaca atau yang buta huruf. [Kisah Dajjal, Al-Albani, hal 168-169, Pustaka Imam Syafi'i]

Dajjal adalah makhluk paling besar fitnah yang dibawa olehnya. Dajjal juga tidak mempunyai anak dan keturunan.

Keluarnya Dajjal

Dajjal akan keluar dari arah sebelah timur yang bernama khurasan di kampung Yahudiyah kota Ashbahan. Kemudian dajjal akan mengembara ke seluruh dunia. Tidak terdapat satu pun tempat yang tidak pernah dimasuki dajjal kecuali Mekah dan Madinah. Diriwayatkan juga dajjal tidak dapat memasuki empat buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid Thur dan Masjid Al-Aqsa. Dajjal keluar dari perkampungan yahudiyah kota Ashbahan bersama tujuh puluh ribu orang Ashbahan sebagaimana diterangkan dalam hadis riwayat Ahmad.

Tiga tahun sebelum kemunculan dajjal manusia dilanda kesusahan dalam kehidupan mereka. Manusia pada ketika itu kelaparan disebabkan bekalan makanan yang tidak mencukupi. Pada tahun pertama, sepertiga langit tidak menurunkan hujan serta sepertiga juga dari tumbuh-tumbuhan tidak tumbuh. Kemudian pada tahun kedua, bertambah lagi dua pertiga sehingga ke tahun yang ketiga sama sekali tidak ada lagi hujan yang turun dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan kesemuanya mati dan haiwan-haiwan juga mati akibat ketiadaan makanan kecuali beberapa haiwan sahaja. Nabi s.a.w. berpesan bekalan makanan manusia pada ketika itu adalah bacaan tahlil, takbir, dan tahmid.

Dajjal tidak dapat memasuki Madinah yang pada ketika itu mempunyai 7 buah pintu, setiap daripada pintu tersebut terdapat 2 malaikat yang menjaganya dengan membawa pedang yang terhunus. Para malaikat menjaga Mekah dan Madinah daripada dimasuki dajjal sehinggalah dajjal pergi ke suatu tanah yang lembab di belakang gunung Uhud, ia memukul-mukul bahagian depan badannya. Kemudian kawasan Madinah mula bergegar sehingga manusia di Madinah yang munafik baik lelaki maupun wanita kesemuanya berlari menuju ke tempat dajjal. Ternyata ketika itu golongan yang paling ramai adalah golongan wanita. Hari itu disebut sebagai "Yaumul Khalash" iaitu hari keterbebasan.

  - http://al-muwahhidun.blogspot.com/2008/05/kisah-dajjal-bhgn-1.html

Al-Quran Menjadi Syafa'at Di Hari Kiamat

Kita sering mendengar hadis berikut ini:


اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا

Maksudnya: "Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat ia datang memberi syafa'at."

Berikut ini saya bawakan hadis di atas secara lengkap:

Abu Umamah Al-Bahili berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ

Maksudnya: "Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat ia datang memberi syafa'at kepada orang yang membacanya. Bacalah Az-Zaharawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali-Imran kerana pada hari kiamat kedua-duanya akan datang bagaikan awan atau bayang-bayang, atau kedua-duanya seakan dua kumpulan burung yang berhujjah mempertahankan tuannya. Dan bacalah olehmu akan surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya mengambilnya adalah keberkatan, meninggalkannya adalah kerugian, dan sihir tidak akan mampu menghadapinya." (HR. Muslim, M.S no: 1337).

Hadis di atas ini menerangkan tentang keutamaan membaca Al-Quran, yang mana kelebihan bagi yang membaca Al-Quran adalah di hari akhirat kelak Al-Quran akan datang memberi syafa'at kepada pembacanya terutamanya adalah surah Al-Baqarah dan surah Ali-Imran.

Demikian juga hadis yang diriwayatkan dari Jubair bin Nufair berkata: Aku mendengar An-Nawwas bin Sam'an Al-Kilabi berkata: Aku mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

 يُؤْتَى بِالْقُرْآنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَهْلِهِ الَّذِينَ كَانُوا يَعْمَلُونَ بِهِ تَقْدُمُهُ سُورَةُ الْبَقَرَةِ وَآلُ عِمْرَانَ

Maksudnya: "Akan didatangkan Al-Quran di hari kiamat kelak kepada ahlinya (yakni orang-orang yang selalu membaca Al-Quran - pent) yang beramal dengannya, terutamanya surah Al-Baqarah dan Ali-Imran..." (HR. Muslim, M.S no: 1338)

Dalam riwayat lain:

يَأْتِي الْقُرْآنُ وَأَهْلُهُ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ بِهِ فِي الدُّنْيَا تَقْدُمُهُ سُورَةُ الْبَقَرَةِ وَآلُ عِمْرَانَ

Maksudnya: "Al-Quran akan datang kepada ahlinya dari kalangan orang-orang yang mengamalkannya di dunia, terutamanya surah Al-Baqarah dan Ali-Imran." (HR. Tirmizi, katanya hadis Gharib. Menurut Syeikh Al-Albani hadis ini sahih; Shahih wa Dha'if Sunan At-Tirmizi, no: 2883)

Imam At-Tirmizi berkata pada menjelaskan hadis di atas ini:

مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَمَعْنَى هَذَا الْحَدِيثِ عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ أَنَّهُ يَجِيءُ ثَوَابُ قِرَاءَتِهِ كَذَا فَسَّرَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ هَذَا الْحَدِيثَ وَمَا يُشْبِهُ هَذَا مِنْ الْأَحَادِيثِ أَنَّهُ يَجِيءُ ثَوَابُ قِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَفِي حَدِيثِ النَّوَّاسِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَدُلُّ عَلَى مَا فَسَّرُوا إِذْ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَهْلُهُ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ بِهِ فِي الدُّنْيَا فَفِي هَذَا دَلَالَةٌ أَنَّهُ يَجِيءُ ثَوَابُ الْعَمَلِ

Maksudnya: "Di sisi ahli ilmi (ahli sunnah) berpendapat dari wajah dan makna hadis ini adalah bahawa (dihari kiamat kelak - pent) akan didatangkan pahala kepada pembacanya. Demikianlah tafsiran sebahagian ahli ilmi tentang hadis ini dan apa-apa yang serupa dengan hadis-hadis berikut, dan di dalam hadis An-Nawwas tersebut dari Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam apa yang menunjukkan ke atas penafsiran bagi sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bahawasanya akan didatangkan pahala-pahala bacaan Al-Quran kepada pembacanya yang mengamalkannya di dunia. Maka dengan itu menjadi dalil bahawasanya akan didatangkan pahala-pahala amalan (kepada pembaca Al-Quran dihari kiamat - pent)." (Sunan At-Tirmizi, M.S 10/115, no: 2808)

Syeikh Muhammad Soleh Al-'Utsaimin rahimahullah (wafat 1421 Hijrah) berkata:


قال النبي صلى الله عليه وسلم اقرءوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه إذا كان يوم القيامة جعل الله عز وجل ثواب هذا القرآن شيئا قائما بنفسه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه يشفع لهم عند الله سبحانه وتعالى فإن القرآن إذا تلاه الإنسان محتسبا فيه الأجر عند الله فله بكل حرف عشر حسنات ومثله حديث النواس بن سمعان رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم أخبر أن من قرأ القرآن وعمل به فإنه يأتي يوم القيامة يتقدمه سورة البقرة وآل عمران يحاجان عن صاحبهما يوم القيامة ولكن الرسول صلى الله عليه وسلم قيد في هذا الحديث قراءة القرآن بالعمل به لأن الذين يقرءون القرآن ينقسمون إلى قسمين قسم لا يعمل به فلا يؤمنون بأخباره ولا يعملون بأحكامه هؤلاء يكون القرآن حجة عليهم وقسم آخر يؤمنون بأخباره ويصدقون بها ويعملون بأحكامه فهؤلاء يكون القرآن حجة لهم يحاج عنهم يوم القيامة لأن النبي صلى الله عليه وسلم قال القرآن حجة لك أو عليك وفي هذا دليل على أن أهم شيء في القرآن العمل به

“Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bacalah olehmu akan Al-Quran kerana ia di hari kiamat kelak akan memberi syafa’at kepada para pembacanya iaitu apabila berlakunya hari kiamat maka Allah Azza wa Jalla menjadikan pahala pada Al-Quran tersebut sesuatu yang berdiri dengan dirinya. Ia akan datang di hari kiamat kelak untuk memberi syafa’at kepada para pembacanya iaitu mensyafa’atkan untuk mereka di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka sesungguhnya Al-Qur’an bila datang kepada manusia sebagai penghitung pahala di sisi Allah maka baginya setiap huruf adalah sepuluh kebaikan.

Dan seperti hadis An-Nawwas bin Sam’an radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhabarkan bahawa barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat terutamanya surah Al-Baqarah dan Ali-Imran yang akan menjadi hujah kedua-duanya di hari kiamat kelak. Akan tetapi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengikat (Qaid) dengan hadis tersebut iaitu membaca Al-Quran disertai dengan mengamalkannya adalah kerana orang-orang yang membaca Al-Quran terbahagi menjadi dua:

Pertama: Orang yang tidak mengamalkannya, orang yang tidak beriman dengan apa dikhabarkan kepadanya, dan orang yang tidak beramal dengan hukum-hakamnya. Mereka itulah orang-orang yang Al-Quran menjadi hujah ke atas mereka (yakni Al-Quran akan membantah mereka - pent).

Kedua: Orang yang beriman dengan yang apa dikhabarkan kepadanya, membenarkannya, dan mengamalkan hukum-hakamnya. Mereka itulah orang-orang yang Al-Quran menjadi hujah bagi mereka (yakni Al-Quran akan membela mereka - pent) sebagai hujah-hujah kepada mereka di hari kiamat. Ini kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

القرآن حجة لك أو عليك

Maksudnya:  “Al-Quran itu boleh menjadi hujah yang akan membela kamu atau hujah yang akan membantah kamu.”

Dan dari dalil ini menunjukkan betapa pentingnya pada Al-Quran itu untuk diamalkan.” (Syarah Riyadhus Solihin, M.S 1/1142)

Peringatan:

Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa Al-Quran itu adalah kalamullah (kata-kata Allah) dan bukan makhluk dan pendapat ini disepakati oleh para ulama Ahli Sunnah wal Jama'ah menyelisihi golongan muktazilah. Penjelasannya boleh didapati di kitab-kitab (kutub) Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah silalah merujuk di sana.

Secara ringkasnya sebagaimana dijelaskan oleh Al-Imam Ja'far At-Tahawi rahimahullah (wafat 321 Hijrah) di dalam Matan Aqidahnya, beliau berkata:


وأن القرآن كلام الله منه بدأ بلا كيفية قولاً، وأنزله على رسوله وحياً وصدقه المؤمنون على ذلك حقاً وأيقنوا أنه كلام الله تعالى بالحقيقة ليس بمخلوق ككلام البرية فمن سمعه فزعم أنه كلام البشر، فقد كفر

Maksudnya: "Sesungguhnya Al-Quran adalah Kalamullah berasal dariNya tanpa diketahui tatacara (kaifiyat) ucapannya, diturunkan ke atas RasulNya sebagai wahyu, dibenarkan oleh orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, dan mereka meyakini bahawasanya Kalamullah itu hakikat dan bukanlah makhluk seperti ucapan manusia. Maka barangsiapa yang mendengarnya dan berpendapat bahawa ianya adalah ucapan makhluk, maka dia telah kafir." (Dinukil dari At-Ta'liqat Al-Mukhtasarah 'Ala Matnil 'Aqidah At-Tohawiyah oleh Fadhilatus-Syeikh Dr. Soleh Fauzan Al-Fauzan)

Wallahua'lam
http://al-muwahhidun.blogspot.com/2012/02/al-quran-sebagai-syafaat-di-hari-kiamat.html


Hukum Membela Hamster

Soalan:

Apakah hukum membela haiwan hamster (tikus belanda) dan adakah ia termasuk dalam hadis Rasul s.a.w. (yang bermaksud): “Terdapat lima jenis binatang boleh dibunuh iaitu gagak, ular, tikus, helang dan anjing gila.”  Riwayat Al-Bukhari...?
Jawapan:

Alhamdulillah. Setelah memperhatikan dari sebahagian buku-buku tentang hamster, dan berdasarkan gambar yang terdapat di internet, jelaslah bahawa haiwan ini (hamster) sangat serupa dengan tikus.

Telah maklum, tikus mempunyai spesies-spesies dan jenis-jenis yang banyak. Telah disebutkan pada sebahagian penelitian bahawa tikus mempunyai 86 jenis dan terdiri dari 720 spesies. Keterangan ini dapat dilihat di dalam kitab Al-Qawaridh fi Al-Wathni Al-‘Arabi halaman 75 karya ‘Adil Muhammad Ali. 
Dan hamster termasuk jenis tikus, sebagaimana yang disebutkan oleh penulis buku tersebut di atas.
Dalam kitab Al-Mausu‘ah Al-‘Arabiyah Al-‘Alamiyah (26/122) disebutkan: ‘Hamster termasuk jenis pengerat kecil pendek, yang menjadi salah satu haiwan berbulu hiasan rumah. Biasanya, hamster memiliki ekor yang pendek, mulutnya basah, yang membantu dirinya untuk menampung banyak makanan. Terdapat sekitar 15 variasi hamster yang hidup.’
Maka hamster termasuk jenis tikus sehingga kita tidak harus (tidak boleh) menjual atau memeliharanya. Bahkan, wajib membunuhnya, sama ada di tanah halal mahupun di tanah haram. Sebagaimana makruf tentangnya dari hukum tikus.
Para ulama mengeluarkan hukum daripada nas (dalil) bahawa hukum tersebut berlaku bagi semua jenis tikus. 
Al-Hafiz Ibnu hajar berkata: ‘Tikus ada berbagai jenis, seperti al-juradz, al-khuld, tikus unta, tikus ikan, tikus al-ghoit dan semua hukumnya dalam pengharaman untuk dimakan dan keharusan membunuhnya adalah sama (tidak ada beza).’(Fathul Bari, 4/39) 

Tikus adalah haiwan yang membuat kerosakan dan mudarat.

Ad-Damiri berkata: ‘Tidak ada haiwan yang paling banyak membuat kerosakan melainkan tikus, tidak ada yang paling membahayakan melainkannya, kerana ia tidak meninggalkan ke atas sesuatu, kecuali pasti akan dimusnahkannya dan dirosakkannya.’ (Hayatul Hayawan Al-Kubra, 2/271)
Demikian juga memelihara dari jenis haiwan seperti ini adalah termasuk pembaziran masa dan harta dengan sesuatu yang tidak memberi sebarang faedah.

Allah jualah yang lebih Maha Mengetahui.


http://al-muwahhidun.blogspot.com/2012/02/hukum-memelihara-hamster.html

TATACARA WUDUK MENURUT SUNNAH

Firman Allah S.W.T:

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki…[Surah Al-Maidah: 6]

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tidak diterima Allah sembahyang salah seorang kamu jika ia berhadas (kecil) sebelum ia berwuduk." [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

1. Niat

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
Maksudnya: Sesungguhnya amalan (diterima) dengan niat, dan tiap-tiap seseorang akan mendapat (ganjaran amalannya) sesuai dengan apa yang diniatkannya [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

2. Membaca Basmalah (bismillah)

لا وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ

Maksudnya: Tiada wuduk bagi orang yang tidak membaca Bismillah ke atasnya.
[Hadis riwayat Ibn Majah, Tirmizi, dan Abu Daud]

3. Membasuh kedua telapak tangan

عَنِ ابْنِ أَبِي أَوْسٍ عَنْ جَدِّهِ أَوْسٍ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ فَاسْتَوْكَفَ ثَلاثًا يَعْنِي غَسَلَ يَدَيْهِ ثَلاثًا

Maksudnya: Daripada Ibn Abi Aus daripada datuknya Aus, katanya: "Aku melihat Rasulullah s.a.w. berwuduk lalu baginda membasuh telapak tangannya sebanyak tiga kali." [Hadis riwayat Ahmad dan Nasai]

4. Berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung

فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ مِنْ كَفٍّ وَاحِدَةٍ فَفَعَلَ ذَلِكَ ثَلاثًا

Maksudnya: Maka baginda berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung dengan satu ceduk air dan perbuatan tersebut dilakukan sebanyak tiga kali.[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَاسْتَنْثَرَ ثَلاثًا

Maksudnya: Maka baginda berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung dan mengeluarkan semula air tersebut dari hidung sebanyak tiga kali.[Hadis riwayat Bukhari]

5. Membasuh muka sambil menyela janggut (bagi yang ada janggut)

Maksudnya: Maka basuhlah muka kamu….[Surah al-Maidah: 6]

Dari Humman bin Abaan bahawa Nabi s.a.w. membasuh muka ketika berwuduk adalah sebanyak tiga kali.[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Menurut Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. jika berwuduk, baginda mengambil seceduk air dengan tangannya sambil menyela-nyela janggutnya dengan tangannya, lalu bersabda: "Demikianlah aku diperintah oleh Tuhanku 'Azza wa Jalla. [Hadis riwayat Abu Daud]
6. Membasuh tangan hingga ke siku

Maksudnya: Dan basuhlah tangan kamu sampai ke siku… [Surah al-Maidah: 6]

Hamran r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. membasuh tangan kanannya hingga ke siku sebanyak tiga kali, demikian juga tangan kirinya seperti itu.[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

7. Menyapu kepala

Maksudnya: Dan sapulah kepala kamu…[Surah al-Maidah: 6]

فَأَقْبَلَ بِهِمَا وَأَدْبَرَ بَدَأَ بِمُقَدَّمِ رَأْسِهِ حَتَّى ذَهَبَ بِهِمَا إِلَى قَفَاهُ ثُمَّ رَدَّهُمَا إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي بَدَأَ مِنْهُ

Maksudnya: Maka baginda menyapu kepalanya dengan dua tangannya, baginda mulakan daripada bahagian hadapan kepalanya kemudian disapu hingga ke belakang kepalanya, kemudian baginda ulangi (berpatah balik tangannya) ke tempat baginda memulainya.[Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi.

Daripada 'Amr bin Umayyah r.a. katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menyapu di atas serbannya dan kedua-dua khufnya (kasutnya). [Hadis riwayat Bukhari]

Dibolehkan bagi lelaki yang memakai serban untuk menyapu kepalanya tanpa menanggalkan serbannya begitu juga bagi wanita dibolehkan menyapu di atas tudungnya tanpa menanggalkannya. Ini sebagaimana perbuatan Ummu Salamah pernah menyapu di atas khimarnya sebagaimana diterangkan oleh Ibn Munzir. [Rujuk al-Mughni, 2/312]

8. Menyapu telinga

Menyapu telinga hendaklah dilakukan setelah menyapu kepala iaitu tanpa mengambil air yang baru hendaklah dia menyapu telinganya sebanyak sekali. Ini kerana Rasulullah bersabda:

"Dua telinga adalah sebahagian daripada kepala." [Hadis riwayat Tirmizi, Ibn Majah, Abu Daud, Dan Nasai]

Akan tetapi dibolehkan juga untuk mengambil air yang baru untuk membasuh telinga berdasarkan hadis 'Abdullah bin Zaid:

"Sesungguhnya dia melihat Rasullah s.a.w. berwuduk, lalu baginda mengambil air lain untuk menyapu telinganya, berbeza daripada air yang digunakan untuk kepalanya. [Hadis riwayat al-Hakim dan Baihaqi]

9. Membasuh kaki hingga ke buku lali

Maksudnya: "Dan (basuhlah) kaki kamu sampai kedua buku lali…[Surah al-Maidah: 6]

Rasulullah s.a.w. membasuh kedua kakinya termasuk buku lalinya. Tidak sah wuduk bagi yang tidak mengenakan air pada buku lalinya. Sabda Rasulullah s.a.w:

وَيْلٌ لِلأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ

Maksudnya: Celakalah untuk tumit-tumit dengan azab neraka (yang tidak sampai air padanya). [Hadis riwayat Bukhari]


10. Tertib


Hendaklah setiap daripada cara-cara berwuduk itu tadi dilakukan secara berurutan iaitu daripda muka seterusnya tangan hinggalah kaki, begitu juga dimulakan daripada kanan ke kiri.

11. Membaca doa selepas wuduk

Daripada 'Umar bin al-Khattab r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang berwuduk lalu ia sempurnakan wuduknya, kemudian membaca doa:

أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

Maksudnya: Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Pesuruh-Nya.

Nescaya dibuka untuknya lapan pintu syurga dan diizinkan memasukinya dari pintu mana yang ia kehendaki. [Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, dan Ibn Majah]

Boleh juga ditambah atau hanya dibaca dengan bacaan berikut:

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ التَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنِي مِنْ الْمُتَطَهِّرِينَ

Maksudnya: Ya Allah, jadikanlah aku ke dalam golongan orang-orang bertaubat, dan jadikanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mensucikan diri.[Hadis riwayat Tirmizi]

Daripada Said al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w. berdoa setelah wuduk:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Maksudnya: Maha Suci Engkau Ya Allah dan segala Pujian untuk-Mu, Aku bersaksi tidak ada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Engkau, Aku memohon ampunan kepada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.[Hadis riwayat at-Tabrani]

Menurut Imam An-Nawawi r.h. sebaik-baiknya ketiga-tiga doa di atas digabungkan menjadi satu doa. Walaubagaimana pun menurut pendapat yang lebih tepat adalah doa tersebut dibaca secara berasingan. Adalah Nabi s.a.w. membaca setiap dari bacaan doa tersebut secara berasingan sebagaimana riwayat di atas. Ini memudahkan untuk kita memilih yang manakah bacaan yang lebih mudah untuk dihafal untuk diamalkan. Setelah menghafal salah satu doa di atas, bolehlah menambah lagi hafalan sehingga kesemua doa yang dapat diamalkan.
Mengamalkan kesemua sunnah Nabi s.a.w. adalah lebih baik daripada mengamalkan satu sunnah sahaja. Akan tetapi tetapi jangan sampai menyusahkan diri sendiri. Kerana islam itu mudah dan tidaklah memberatkan. Ini kerana 'Aisyah r.ha. pernah menjelaskan:

مَا خُيِّرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ أَمْرَيْنِ إِلا اخْتَارَ أَيْسَرَهُمَا مَا لَمْ يَأْثَمْ

Maksudnya: Tidaklah Rasulullah s.a.w. jika diberi dua pilihan melainkan baginda memilih yang paling mudah di antara keduanya selagi mana tidak mengandungi dosa.[Hadis riwayat Bukhari]

Tayammum

Jika tidak peroleh air kerana ketiadaan air, ataupun mendapat suatu penyakit yang tidak boleh terkena air, maka diharuskan untuk bertayammum bagi menyempurnakan ibadat solat.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyusahkan kamu, tetapi dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.[Surah al-Maidah: 6]

Cara-cara bertayammum:
1. Dimulakan dengan niat di dalam hati.
2. Membaca basmalah.
3. Menepuk kedua belah tapak tangan pada tanah yang suci.
4. Menghembus kedua telapak tangan atau menepuknya.
5. Menyapu ke muka dan tangan hingga kepergelangan tangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. tentang tatacara berwuduk sebagaimana hadis di bawah:

إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكَ هَكَذَا فَضَرَبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَفَّيْهِ الأَرْضَ وَنَفَخَ فِيهِمَا ثُمَّ مَسَحَ بِهِمَا وَجْهَهُ وَكَفَّيْهِ

Maksudnya: Sesungguhnya memadailah engkau berbuat begini, Maka baginda menepuk kedua belah tapak tangannya ke bumi dan menghembus keduanya, kemudian baginda menyapu kedua pada muka dan kedua tangannya. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Tayammum juga boleh digantikan untuk mandi junub sekiranya ketiadaan air ataupun air hanya tinggal sedikit untuk makan dan minum atau sebagainya. Sesungguhnya tanah itu adalah alat bersuci jika tidak ada air. Oleh sebab itu tidak ada alasan untuk meninggalkan solat sekiranya tiada air atau sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِنَّ الصَّعِيدَ الطَّيِّبَ وَضُوءُ الْمُسْلِمِ وَإِنْ لَمْ يَجِدْ الْمَاءَ عَشْرَ سِنِينَ
Maksudnya: Sesungguhnya tanah itu adalah alat bersuci untuk umat islam, walaupun ia tidak mendapati air selama sepuluh tahun. [Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi]

Perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan tayammum

1. Keluar sesuatu daripada kubul dan dubur seperti kentut dan air kencing. Kecuali air mani mewajibkan untuk mandi wajib.
2. Menyentuh kemaluan.
3. Tidur nyenyak serta tidak tetap punggung.
4. Makan daging unta membatalkan wuduk –Rujuk Hadis riwayat Muslim (360).
5. Hilang akal/ gila.
6. Bagi tayammum, terbatal sekiranya dijumpai air.

 http://al-muwahhidun.blogspot.com/2008/05/tatacara-wuduk-menurut-sunnah.html

Saturday 5 May 2012

12 petua untuk cemerlang dalam karangan

petua 1:persediaan awal
         2:banyakkan membuat latihan
         3:kenali subjek ini
         4:persediaan sebulan terakhir sebelum peperiksaan
         5:persediaan sebelum peperiksaan
         6:persediaan pagi sebelum peperiksaan
         7:persediaan di luar dewan peperiksaan
         8:memberi perhatian semasa menjawab soalan peperiksaan
         9:baca dan patuhi arahan peperiksaan dengan betul
       10:baca dan fahami kehendak soalan dengan betul
       11:fahami dan penuhi kehendak pemeriksa
       12:semak, semak, dan semak jawapan selagi ada kesempatan
                                                                     



                                                                                                                     fatin nadia

panduan menjawab kertas bahasa melayu SPM

langkah 1 : Pilihlah soalan yang paling tepat iaitu soalan kamu tahu dan faham
langkah 2 : Mengesan kata kunci soalan.Calon perlu mengesan kata kunci yang kamu pilih itu.
langkah 3 : Sediakan rangka karangan.Sebelum kamu menulis karangan, pastikan kamu membuat rangka karangan terlebih dahulu
langkah 4 : Menulis karangan. mulalah menulis karangan apabila selesai merangka karangan.
langkah 5 : Menyemak karangan.Sebelum kamu menyerahkan karangan kamu, kamu perlulah menyemak karangan tersebut terlebih dahulu.

 Fatin Nadia Bt Zulkefli

panduan menjawab karangan bahagian A

langkah 1:baca bahan ransangan
langkah 2:sediakan rangka karangan
langkah 3:menulis karangan
langkah 4:menyemak karangan

Number One For Me - Maher Zain.

  
  
 
- Posted By : Amalina Noor Azmi
- http://www.youtube.com/watch?v=f4J7-WR1QOY&ob=av2e-

Friday 4 May 2012

subhanallah...Dapat Hidayah Bawah Lautan


Jika anda termasuk orang yang gemar menonton acara TV `Discovery Chanel pasti kenalMr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli Oceanografer dan pakar selam terkemuka dari Perancis.
Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke berbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton oleh seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba Captain Jacques Yves Costeau menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu menjadikan Mr. Costeau pelik dan mendorongnya untuk mencari jawapan penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan.
Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak juga mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sehingga pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez.
Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laayabghiyaan…” Artinya: “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antarakeduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut.
Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” Ertinya “Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemui mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihatkeajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.
Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman semasa belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman lautan.


Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Subhanallah… Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.


- nurul athirah mohd asri-

'6 saling' kekalkan persahabatan kamu

1)Saling memberi kebebasan
>Sebagai sahabat baik,kamu tidak boleh memiliki seluruh ruang hidup kawan kamu.Contohnya,melarang dia melakukan sesuatu atau sibuk mengatur perjalanan hidupnya.Kamu perlu saling menghormati hak kebebasan dirinya.Dan apa yang penting,si dia jujur  pada persahabatannya.


2)Saling menahan rasa cemburu
>Cemburu yang keterlaluan boleh menjejaskan hubungan.Ada baiknya sebelum api cemburu kamu memuncak,cuba selidiki dahulu kebenarannya.Jika ada kebenarannya.Jika ada yang tidak kena,tanyalah kawan kamu itu dengan baik tanpa brsikap marah dan menuduh.Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang.


3)Saling memahami
>Kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta masalah kawan dengan lebih mendalam untuk kekalkan persahabatan bersama.Contohnya, jika kawan kamu menolak ajakan untuk keluar menonton wayang bersama,kamu tidak boeh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya.Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu.


4)Saling mengalah
>Tidak ada ruginya jika kamu bersikap mengalah.Kawan kamu sentiasa menuruti segala kemahuan semata-mata mahu menjaga hati dan perasaan kamu.Tetapi bila difikirkan semula,apa salahnya sekali-sekalakamu pula yang beralah dan cuba belajar memahai minatnya.Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi diri kamu.


5)Saling memberi kemaafan
>Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri.Sebagai manusia bias,kamu dan dia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.Beljar menjadi seorang kawan yang sudi memberi kemaafan kepada kawan kamu biarpun kau sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.


6)Saling membantu
>Tidak kira sewaktu kamu senang atau susah,kawan kamu sentiasa ada bersama-sama kamu.Itu tandanya dia memang sahabat sejati.Hargailah persahabatan itu dengan turut bantu dia sewaktu susah mahupun senang.Jangan keberatan untuk mendengar masalahnya.Kamu juga boleh bantu dia dengan mengajar dia mana-mana subjek yang menjadi kelemahannya di sekolah.


Mutiara Kata--->
Sahabat sejati sukar dicari,tak mungkin diganti,tahu menghargai, dan sentiasa dekat pada hati....













Ayuh rapatkan hubungan adik-beradik!!!

(1)Bertutur dengan baik
Menghormati sesama adik-beradik adalah sesuatu yang sangat dituntut.Caranya ialah dengan bertutur dengan baik kepada mereka.Bercakaplah dengan nada yang lembut dan penuh dengan kasih sayang sebagai tanda penghormatan kamu kepada mereka.


(2)Berkongsi kegembiraan mereka
Ingat tarikh-tarikh istimewa mereka seperti tarikh lahir atau ulang tahun perkahwinan.Jika adik-beradik kamu mencapai sesuatu kejayaan seperti berjaya dalam peperiksaan,ucaplah tahniah atau hadiahkan sesuatu kepada mereka sebagai tanda penghargaan.


(3)Tahu minat mereka
Ambil tahu perkara-perkara yang diminati adik-beradik kamu.Sekiranya ada program televisyen,sukan atau hobi yang menjadi minat mereka,libatkanlah diri kamu dengan menonton bersama-sama atau bermain bersama-sama dengan mereka.




(1)Berbahasa kesat dan kasar
Jangan sesekali menggunakan perkataan yang kesat dan kasar kepada adik-beradik kamu.Kamu mungkin dianggap biadab sekiranya berkelakuan sedemikian kepada abang atau kakak kamu.Bahasa kesat dan kasar juga dikhuatiri menjadi ikutan negatif kepada adik kamu.


(2)Terlalu manja
Tidak ada salahnya jika kamu bersikap manja dengan adik-beradik kamu.Tetapi,janganlah terlalu manja.Sikap kamu yang 'manja terlampau' akan dianggap sebagai mengada-ngada.Hal tersebut akan mengakibatkan mereka menjauhkan diri daripada kamu.


(3)Dedahkan kekurangan mereka
Kamu pastinya mengundang padah besar sekiranya mendedahkan kekurangan adik-beradik kamu kepada orang lain.Jika ada adik-beradik kamu yang pemarah dan pemalas,cukuplah sekadar perkara tersebut menjadi rahsia keluarga kamu.

Thursday 3 May 2012

Kecantikan Bermula Daripada Hati

Gadis dan kecantikan ibarat irama dan lagu yangtidak boleh dipisahkan.Pasti ramai yang berfikir kecantikan hanyalah melaui luaran sahaja.Harus diingat bahawa cantik tidak semestinya terletak pada rupa paras atau kosmetik yang dipakai kecantikan luaran hanyalah bersifat sementara dan tidak kekal lama.Kecantikan yang abadi sebenarnya datang dari hati.




1.SOLAT
Solat adalah tiang agama dan kunci segala kebaikan.Ia wajib dilakukan dan juga dipelajari.Dengan melakukan solat,kamu akan lebih mendekatkan diri kepada Allah,membersihkan hati dan mendapat ganjaran pahala.


2.MEBACA AL-QURAN
Al Quran adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk dijadikan panduan dan ikutan seluruh umat Islam.Membaca dan menjadikan Al-Quran sebagai teman dapat menghindarkan kamu dan menghadapi masalah,gelisah dan sakit.


3.BERDOA
Dekatkan diri kamu dengan berdoa kepada Allah S.W.T setiap masa.Mohon kepada 
Allah supaya mengurniakan kamu dengan sifat-sifat yang baik dan jauhkan diri kamu dari segala kemungkaran  yang mampu merosakkan dan mengotorkan hati.


4.TAAT KEPADA IBU BAPA
Sentiasa mendengar dan taat kepada ibu bapa.Selagi ia tidak bertentangan dengan agama ,kamu wajib untuk menurutinya.Jangan sesekali menderhaka kepada mereka kerana ia amat dimurkai oleh Allah S.W.T.


5.IKHLAS
untuk mendapatkan hati yang cantik,kamu juga harus bersikap ikhlas dalam setiap perbuatan.Jangan lakukannya semata-mata kerana ganjaran atau mahu mendapat ganjaran atau pujian,perbuatan kamu hanya sia-siadan tidak diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T.


6.TIDAK BERDENDAM
Jauhi sifat dendam dan buruk sangka terhadap orang lain.Dendam menyebabkan hati kamu menjadi gelap dan mudah dihasut oleh syaitan.Apa yang kamu perlu lakukan ialah bersabar dengan apa yang terjadi dan terima dengan hati yang terbuka.Dengan ini kamu akan kelihatan lebih tenang,cantik dan dihormati.


7.ELAKKAN MENGUMPAT 
Elakkan daripada mengumpat kerana ia boleh membawa kepada fitnah.Ia juga boleh mengeruhkan hubungan kamu dan sahabat kamu.Demi mendapatkan hati yang cantik,kamu harus mengamalkan sikap berterus terang dan berbincang.Katakan padanya jika perkara yang dilakukan itu tidak kamu sukai.Tegur perbuatannya itu dengan lemah lembut dan berhemah agar tidak menyinggung hati sahabat kamu itu.


8.PEMAAF
Cantikkan hati kamu dengan sifat pemaaf.Jika ada di kalangan sahabat kamu melakukan kesalahan,maafkan kesalahannya dengan sepenuh hati.Mungkin dia tidak bermaksuduntuk melakukan perbuatan sedemikian.Sesungguhnya kemaafan yang diberi mampu mencuci hati,mencantikkan wajah dan diberikan kemuliaan oleh Allah.


*KESAN HATI CANTIK*
>Lebih dekat dengan Allah
>Disenangi dan disukai ramai
>Mendapat lebih ketenangan
>Terang hati dan mudah memahami ilmu pelajaran
>Dimurahkan rezeki
>Mempunyai ramai kawan
>Sentiasa ceria dan gembira


*HADIS:
Sabda Rasullullah S.A.W
"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta kamu tetapi ia melihat hati dan amalan kamu."(HR Muslim)