Thursday 5 April 2012

Gambar Suria KLCC Terbakar | 29 Mac 2012



Ramai orang berpusu-pusu keluar daripada KLCC kerana ada kebakaran berlaku di dalam Suria KLCC. Kebakaran dipercayai berlaku di dapur Restoran Chinoz On The Park. Asap kelihatan keluar dengan banyak di atas bangunan Suria KLCC.
Buat masa ini pihak bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran. Tidak dapat dipastikan samada ada mangsa terlibat dalam kebakaran tersebut. Berita selanjutnya akan menyusul kemudian. Berikut adalah beberapa keping gambar yang dapat diambil.
Update: Kebakaran telah berjaya dipadamkan dan tiada sebarang kecederaan dan mangsa dilaporkan. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 5.25 petang.

-posted by Rafaf bt Muhamad Riadzuddin
-ezany-kun.com

No comments:

Post a Comment