Thursday 5 April 2012


6 seksaan semasa hidup di dunia
# Umurnya tidak berkat
# Akan dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada mukanya
# Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya
# Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah
# Dia dibenci oleh segala makhluk di dunia
# Tidak ada baginya bahagian daripada doa untuk orang-orang soleh
 
3 Seksaan ketika hendak mati
 
# Mati dalam kehinaan
# Mati dalam keadaan yang sangat lapar
# Mati dalam keadaan dahaga yang amat, sehingga jika dituangkan ke tekaknya semua air laut di dunia ini,
   dia tetap berasa dahaga.
 
3 seksaan dalam kubur
 
# Kuburnya disempitkan
# Dinyalakan api,  yang mana dia akan membalikkan dirinya dalam bara api itu
# Allah mengarahkan ular yang besar, dinamakan ” Shajkul Akrak” utnuk menyeksa si mati. Ular itu akan berkata
   ” sesungguhnya aku telah disuruh oleh tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga Zuhur, sebab engkau
      sia-siakan waktu zuhur; dipukul pula hingga  Asar,  sebab engkau sia-siakan waktu Asar..”Begitulah seterusnya
      setiap hari, siang dan malam, sehingga hari kiamat.
 
3 seksaan di hari kiamat
 
# Allah memerintahkan malaikat Azab menghela orang yang tidak solat itu ke dalam neraka.
# Allah menilik pada orang yang tidak solat itu dengan tilikan yang murka
# Allah akan mengira orang yang tidak solat itu dengan kiraan yang paling berat dan terus disunat ke dalam neraka,
   sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, ” apa yang membawa kamu ke neraka?” Meraka menjawab
   ” Kami tidak bersolat.
-posted by Rafaf bt Muhamad Riadzuddin
-khairazahra.wordpress.com

No comments:

Post a Comment