Friday, 6 April 2012

Air Mata ;)



Air mata merupakan tindakbalas semulajadi manusia apabila sesuatu terjadi kepada diri. Air mata ini jika diamati mempunyai pelbagai pengertian yang menggambarkan perasaan seseorang. Siapa yang selalu menangis? perempuan kot..satu lagi kanak-kanak. Kebiasanya bila sebut sahaja air mata pasti kita maksudkan ia dengan kesedihan. Namun begitu, ada lagi pengertian lain yang boleh dimaksudkan dengan air mata ini.
Menangis kerana sedih
Ini biasa kita lihat, ramai orang akan menunjukkan rasa sedih dengan mengeluarkan air mata. Rasanya tak perlulah hurai panjang-panjang.
Menangis kerana rasa hina dan lemah
Pada kebiasanya, apabila seseorang lemah akan meratapi kelemahan yang ada dan tidak upaya dengan menangis. Mungkin dengan menangis ada insan yang sanggup menolongnya.
Menangis kerana cinta
Bab ni susah nak terangkan, mungkin boleh tanya mereka yang sedang bercinta. Ataupun jika kita seorang yang beriman, dengan penuh keimanan secara semulajadi kita akan menitiskan air mata.
Menangis sebab takut
Kadang-kadang jika kita rasa terlalu takut air mata pun boleh keluar, ini mungkin disebabkan perasan kita tidak dapat menahan kebimbangan keselamatan kita. Sebagai contoh jika kereta rosak di atas bukit diwaktu malam..uuuupppsss gelap…
Menangis kerana gembira
Ini dah biasa, selalu kalau kita dapat keputusan yang cemerlang atau diterima lamaran pasti ada yang melompat dan menangis, peluk tiang dan sebagainya..
Menangis sebab ikut rakan
Ada juga penyakit ini, penyakit ini berjangkit dari rakan sebelah dia. Mungkin mereka yang mudah berjangkit ini jenis yang mudah menusuk kalbunya. Ala..biasalah..nak tunjukkan keperihatinan. Kadang-kadang memang jenis manusia yang senang dipengaruhi oleh kawasan sekitar.
Menangis kerana kesulitan
Biasanya mereka yang mengalami masalah yang berkecamuk dan kusut juga boleh menitiskan air mata. Hal ini kerana ada potensi diri yang tidak dapat dikeluarkan atau diluahkan. Mungkin dengan menangis hati dapat reda sikit dan minda mampu berfikir semula.
Menangis untuk tagih simpati
Umum tahu bahwa nangis ini menunjukkan kesedihan, jadi ia digunakan oleh sesetengah pihak untuk memohon belas kasihan. Selain itu ia juga sebagai aktiviti semulajadi dalam meminta sesuatu.
Menangis kerana sayang
Menangis ini lebih kurang sama dengan menangis kerana cinta tadi, tapi sayang ini adalah peringkat yang lebih mendalam melibatkan hati dan perasaan.
Menangis berlakon
Ini adalah perbuatan orang yang suka berlakon dengan niat untuk menipu supaya segala kemahuan dituruti. Tak baik buat gitu, menyusahkan orang adalah..  
-Posted by Amalina Noor Azmi
- http://fazliselisya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment