Friday, 6 April 2012

FAKTOR² Kelupaan Dan Lemah Ingatan.



1- Melihat perkara-perkara yang haram.(Antaranya melihat aurat perempuan, gambar lucah dalam Internet, VCD, majalah dll, kerana termasuk perbuatan haram dan merosakkan minda kita).

2- Bermain mata dengan perempuan (zina mata).

3- mengeluarkan air mani dengan sengaja (Onani).

4- Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.

5- Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur dengan semut mati (kerana di dalam badan semut itu terdapat satu enzim yang menyebabkan pelupa).

6- Tidak pernah membaca Al-Quran dalam seharian. Walaupun sepotong ayat.

7- Meminum atau memakan dari rezeki yang haram ataupun yang diperolehi dengan cara yang haram.

8- Mengadu dumba, mengumpat dan menghina sesama saudara muslim.

9- Terlalu memikirkan tentang perempuan / lelaki dengan nafsu syahwat.

10-Bercinta-cinta dengan lelaki / perempuan dengan nafsu syahwat.

11-Terlalu memikirkan perkara kebendaan dan harta dunia.

12-Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah atau dukacita.

BAHAYA MENGELUARKAN AIR MANI (ONANI) DENGAN SENGAJA SAMAADA LELAKI ATAUPUN WANITA

Menyebabkan terjadinya perkara lain:
1- Mendatangkan penyakit was-was.
2- Membawa kepada penyakit gila.
3- Menjadikan jiwa keluh kesah.
4- Membawa kepada lemah ingatan.
5- Melemahkan syahwat batin dan kurang melazatkan ketika bersetubuh suami isteri.
6- Membawa kepada terkenanya penyakit lemah jantung.
7- Menjadikan air muka nampak tua atau kehitaman.
8- Menyebabkan mati pucuk.

Pandangan dari Mazhab Maliki dan Mazhab Shafie:

Mengatakan haram onani secara mutlak. Dalilnya sepertimana firman Allah Taala bermaksud:

Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki (hamba) maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di bilik itu (berzina) maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (Surah al-Mukminun: ayat 5 hingga 7).

No comments:

Post a Comment