1)Saling memberi kebebasan
>Sebagai sahabat baik,kamu tidak boleh memiliki seluruh ruang hidup kawan kamu.Contohnya,melarang dia melakukan sesuatu atau sibuk mengatur perjalanan hidupnya.Kamu perlu saling menghormati hak kebebasan dirinya.Dan apa yang penting,si dia jujur pada persahabatannya.
2)Saling menahan rasa cemburu
>Cemburu yang keterlaluan boleh menjejaskan hubungan.Ada baiknya sebelum api cemburu kamu memuncak,cuba selidiki dahulu kebenarannya.Jika ada kebenarannya.Jika ada yang tidak kena,tanyalah kawan kamu itu dengan baik tanpa brsikap marah dan menuduh.Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang.
3)Saling memahami
>Kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta masalah kawan dengan lebih mendalam untuk kekalkan persahabatan bersama.Contohnya, jika kawan kamu menolak ajakan untuk keluar menonton wayang bersama,kamu tidak boeh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya.Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu.
4)Saling mengalah
>Tidak ada ruginya jika kamu bersikap mengalah.Kawan kamu sentiasa menuruti segala kemahuan semata-mata mahu menjaga hati dan perasaan kamu.Tetapi bila difikirkan semula,apa salahnya sekali-sekalakamu pula yang beralah dan cuba belajar memahai minatnya.Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi diri kamu.
5)Saling memberi kemaafan
>Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri.Sebagai manusia bias,kamu dan dia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.Beljar menjadi seorang kawan yang sudi memberi kemaafan kepada kawan kamu biarpun kau sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.
6)Saling membantu
>Tidak kira sewaktu kamu senang atau susah,kawan kamu sentiasa ada bersama-sama kamu.Itu tandanya dia memang sahabat sejati.Hargailah persahabatan itu dengan turut bantu dia sewaktu susah mahupun senang.Jangan keberatan untuk mendengar masalahnya.Kamu juga boleh bantu dia dengan mengajar dia mana-mana subjek yang menjadi kelemahannya di sekolah.
Mutiara Kata--->
Sahabat sejati sukar dicari,tak mungkin diganti,tahu menghargai, dan sentiasa dekat pada hati....
No comments:
Post a Comment