Firman Allah S.W.T:
Hai
orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, Maka
basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu
dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki…[Surah Al-Maidah: 6]
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tidak diterima Allah sembahyang salah seorang kamu jika ia berhadas (kecil) sebelum ia berwuduk." [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
1. Niat
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
Maksudnya:
Sesungguhnya amalan (diterima) dengan niat, dan tiap-tiap seseorang
akan mendapat (ganjaran amalannya) sesuai dengan apa yang diniatkannya
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
2. Membaca Basmalah (bismillah)
لا وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ
Maksudnya: Tiada wuduk bagi orang yang tidak membaca Bismillah ke atasnya.
[Hadis riwayat Ibn Majah, Tirmizi, dan Abu Daud]
3. Membasuh kedua telapak tangan
عَنِ
ابْنِ أَبِي أَوْسٍ عَنْ جَدِّهِ أَوْسٍ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ فَاسْتَوْكَفَ ثَلاثًا
يَعْنِي غَسَلَ يَدَيْهِ ثَلاثًا
Maksudnya:
Daripada Ibn Abi Aus daripada datuknya Aus, katanya: "Aku melihat
Rasulullah s.a.w. berwuduk lalu baginda membasuh telapak tangannya
sebanyak tiga kali." [Hadis riwayat Ahmad dan Nasai]
4. Berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung
فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ مِنْ كَفٍّ وَاحِدَةٍ فَفَعَلَ ذَلِكَ ثَلاثًا
Maksudnya:
Maka baginda berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung dengan
satu ceduk air dan perbuatan tersebut dilakukan sebanyak tiga kali.[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَاسْتَنْثَرَ ثَلاثًا
Maksudnya:
Maka baginda berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung dan
mengeluarkan semula air tersebut dari hidung sebanyak tiga kali.[Hadis
riwayat Bukhari]
5. Membasuh muka sambil menyela janggut (bagi yang ada janggut)
Maksudnya: Maka basuhlah muka kamu….[Surah al-Maidah: 6]
Dari Humman bin Abaan bahawa Nabi s.a.w. membasuh muka ketika berwuduk adalah sebanyak tiga kali.[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
Menurut
Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. jika berwuduk, baginda mengambil
seceduk air dengan tangannya sambil menyela-nyela janggutnya dengan
tangannya, lalu bersabda: "Demikianlah aku diperintah oleh Tuhanku 'Azza
wa Jalla. [Hadis riwayat Abu Daud]
6. Membasuh tangan hingga ke siku
Maksudnya: Dan basuhlah tangan kamu sampai ke siku… [Surah al-Maidah: 6]
Hamran
r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. membasuh tangan kanannya hingga ke siku
sebanyak tiga kali, demikian juga tangan kirinya seperti itu.[Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim]
Maksudnya: Dan sapulah kepala kamu…[Surah al-Maidah: 6]
فَأَقْبَلَ
بِهِمَا وَأَدْبَرَ بَدَأَ بِمُقَدَّمِ رَأْسِهِ حَتَّى ذَهَبَ بِهِمَا
إِلَى قَفَاهُ ثُمَّ رَدَّهُمَا إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي بَدَأَ مِنْهُ
Maksudnya:
Maka baginda menyapu kepalanya dengan dua tangannya, baginda mulakan
daripada bahagian hadapan kepalanya kemudian disapu hingga ke belakang
kepalanya, kemudian baginda ulangi (berpatah balik tangannya) ke tempat
baginda memulainya.[Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi.
Daripada
'Amr bin Umayyah r.a. katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menyapu di
atas serbannya dan kedua-dua khufnya (kasutnya). [Hadis riwayat
Bukhari]
Dibolehkan
bagi lelaki yang memakai serban untuk menyapu kepalanya tanpa
menanggalkan serbannya begitu juga bagi wanita dibolehkan menyapu di
atas tudungnya tanpa menanggalkannya. Ini sebagaimana perbuatan Ummu
Salamah pernah menyapu di atas khimarnya sebagaimana diterangkan oleh
Ibn Munzir. [Rujuk al-Mughni, 2/312]
8. Menyapu telinga
Menyapu
telinga hendaklah dilakukan setelah menyapu kepala iaitu tanpa
mengambil air yang baru hendaklah dia menyapu telinganya sebanyak
sekali. Ini kerana Rasulullah bersabda:
"Dua telinga adalah sebahagian daripada kepala." [Hadis riwayat Tirmizi, Ibn Majah, Abu Daud, Dan Nasai]
Akan tetapi dibolehkan juga untuk mengambil air yang baru untuk membasuh telinga berdasarkan hadis 'Abdullah bin Zaid:
"Sesungguhnya
dia melihat Rasullah s.a.w. berwuduk, lalu baginda mengambil air lain
untuk menyapu telinganya, berbeza daripada air yang digunakan untuk
kepalanya. [Hadis riwayat al-Hakim dan Baihaqi]
9. Membasuh kaki hingga ke buku lali
Maksudnya: "Dan (basuhlah) kaki kamu sampai kedua buku lali…[Surah al-Maidah: 6]
Rasulullah
s.a.w. membasuh kedua kakinya termasuk buku lalinya. Tidak sah wuduk
bagi yang tidak mengenakan air pada buku lalinya. Sabda Rasulullah
s.a.w:
وَيْلٌ لِلأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ
Maksudnya: Celakalah untuk tumit-tumit dengan azab neraka (yang tidak sampai air padanya). [Hadis riwayat Bukhari]
10. Tertib
Hendaklah
setiap daripada cara-cara berwuduk itu tadi dilakukan secara berurutan
iaitu daripda muka seterusnya tangan hinggalah kaki, begitu juga
dimulakan daripada kanan ke kiri.
11. Membaca doa selepas wuduk
Daripada
'Umar bin al-Khattab r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa yang berwuduk lalu ia sempurnakan wuduknya, kemudian membaca
doa:
أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
Maksudnya: Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Pesuruh-Nya.
Nescaya
dibuka untuknya lapan pintu syurga dan diizinkan memasukinya dari pintu
mana yang ia kehendaki. [Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, dan Ibn Majah]
Boleh juga ditambah atau hanya dibaca dengan bacaan berikut:
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ التَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنِي مِنْ الْمُتَطَهِّرِينَ
Maksudnya:
Ya Allah, jadikanlah aku ke dalam golongan orang-orang bertaubat, dan
jadikanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mensucikan diri.[Hadis
riwayat Tirmizi]
Daripada Said al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w. berdoa setelah wuduk:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Maksudnya:
Maha Suci Engkau Ya Allah dan segala Pujian untuk-Mu, Aku bersaksi
tidak ada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Engkau, Aku memohon
ampunan kepada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.[Hadis riwayat at-Tabrani]
Menurut Imam An-Nawawi r.h. sebaik-baiknya ketiga-tiga doa di atas digabungkan menjadi satu doa. Walaubagaimana pun menurut pendapat yang lebih tepat adalah doa tersebut dibaca secara berasingan. Adalah Nabi s.a.w. membaca setiap dari bacaan doa tersebut secara berasingan sebagaimana riwayat di atas. Ini memudahkan untuk kita memilih yang manakah bacaan yang lebih mudah untuk dihafal untuk diamalkan. Setelah menghafal salah satu doa di atas, bolehlah menambah lagi hafalan sehingga kesemua doa yang dapat diamalkan.
Mengamalkan
kesemua sunnah Nabi s.a.w. adalah lebih baik daripada mengamalkan satu
sunnah sahaja. Akan tetapi tetapi jangan sampai menyusahkan diri
sendiri. Kerana islam itu mudah dan tidaklah memberatkan. Ini kerana
'Aisyah r.ha. pernah menjelaskan:
مَا خُيِّرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ أَمْرَيْنِ إِلا اخْتَارَ أَيْسَرَهُمَا مَا لَمْ يَأْثَمْ
Maksudnya:
Tidaklah Rasulullah s.a.w. jika diberi dua pilihan melainkan baginda
memilih yang paling mudah di antara keduanya selagi mana tidak
mengandungi dosa.[Hadis riwayat Bukhari]
Tayammum
Jika
tidak peroleh air kerana ketiadaan air, ataupun mendapat suatu penyakit
yang tidak boleh terkena air, maka diharuskan untuk bertayammum bagi
menyempurnakan ibadat solat.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat
buang air) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air,
Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan
tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyusahkan kamu, tetapi
dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu,
supaya kamu bersyukur.[Surah al-Maidah: 6]
Cara-cara bertayammum:
1. Dimulakan dengan niat di dalam hati.
2. Membaca basmalah.
3. Menepuk kedua belah tapak tangan pada tanah yang suci.
4. Menghembus kedua telapak tangan atau menepuknya.
5. Menyapu ke muka dan tangan hingga kepergelangan tangan.
Sabda Rasulullah s.a.w. tentang tatacara berwuduk sebagaimana hadis di bawah:
إِنَّمَا
كَانَ يَكْفِيكَ هَكَذَا فَضَرَبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ بِكَفَّيْهِ الأَرْضَ وَنَفَخَ فِيهِمَا ثُمَّ مَسَحَ بِهِمَا
وَجْهَهُ وَكَفَّيْهِ
Maksudnya:
Sesungguhnya memadailah engkau berbuat begini, Maka baginda menepuk
kedua belah tapak tangannya ke bumi dan menghembus keduanya, kemudian
baginda menyapu kedua pada muka dan kedua tangannya. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
Tayammum juga boleh digantikan untuk mandi junub sekiranya ketiadaan air ataupun air hanya tinggal sedikit untuk makan dan minum atau sebagainya. Sesungguhnya tanah itu adalah alat bersuci jika tidak ada air. Oleh sebab itu tidak ada alasan untuk meninggalkan solat sekiranya tiada air atau sebagainya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
إِنَّ الصَّعِيدَ الطَّيِّبَ وَضُوءُ الْمُسْلِمِ وَإِنْ لَمْ يَجِدْ الْمَاءَ عَشْرَ سِنِينَ
Maksudnya: Sesungguhnya tanah itu adalah alat bersuci untuk umat islam, walaupun ia tidak mendapati air selama sepuluh tahun. [Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi]
Perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan tayammum
1. Keluar sesuatu daripada kubul dan dubur seperti kentut dan air kencing. Kecuali air mani mewajibkan untuk mandi wajib.
2. Menyentuh kemaluan.
3. Tidur nyenyak serta tidak tetap punggung.
4. Makan daging unta membatalkan wuduk –Rujuk Hadis riwayat Muslim (360).
5. Hilang akal/ gila.
6. Bagi tayammum, terbatal sekiranya dijumpai air.
http://al-muwahhidun.blogspot.com/2008/05/tatacara-wuduk-menurut-sunnah.html
No comments:
Post a Comment