Sunday 25 March 2012

Burj Khalifa.


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Burj Khalifa

Pencakar langit Burj Khalifa

Maklumat

Lokasi Dubai, Emiriah Arab Bersatu
Status Siap dibina
Tempoh pembinaan 2004 – 2009
Kegunaan Pelbagai
Dibuka 4 Januari 2010[1]
Musnah  

Ketinggian

Antena/Puncak 828 m (2,717 ka)[2]
Bumbung 808 m (2651 ka)
Tingkat atas  

Maklumat teknikal

Bilangan tingkat 160 tingkat boleh diduduki[3]
Keluasan tingkat 334,000 m² (3,595,100 ka persegi)
Bilangan lif  
Kos AS$1.5 bilion[4]

Syarikat-syarikat

Arkitek Skidmore, Owings dan Merrill
Jurutera Bill Baker di SOM[5]
Kontraktor Usahasama Samsung C&T, Besix; dan Arabtec
Jurutera Penasihat Penyeliaan & Jurubina Rekod Hyder Consulting
Pengurus Projek Pembinaan Turner Construction
Grocon[6]
Perancangan Bauer AG dan Middle East Foundations[6]
Kontraktor lif Otis[6]
Penasihat VT Lerch Bates[6]
Pemaju Emaar
Pemilik  
                                                                                                                      

Burj Khalifa (Bahasa Arab: برج خليفة‎ "Menara Khalifa"),[2] dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828 m (2,717 ka).[2] Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010.[1][7] Bangunan ini merupakan sebahagian porjek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2 (490-ekar) yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai. Skidmore, Owings dan Merrill, LLP (Chicago) merupakan jurubina dan jurutera menara ini.[8] Bill Baker, Ketua Jurutera Struktur projek ini, mencipta sistem struktur teras bersagang untuk membolehkan menara ini mencapai ketinggian luar biasa sambil berjimat cermat. Adrian Smith yang bekerja bersama Skidmore, Owings dan Merrill (SOM) sehingga tahun 2006, bertugas selaku Rakan Rekabentuk dalam projek ini.[8][9]
Pembina utamanya merupakan usahasama antara syarikat Samsung C&T dari Korea Selatan yang pernah membina Taipei 101 dan Menara Berkembar Petronas,[10] kumpulan Besix dari Belgium dan Arabtec dari EAB. Turner Construction Company dilantik sebagai pengurus projek pembina.[11] Mengikut undang-undang EAB, pihak Kontraktor dan Jurutera Rekod bertanggungjawab bersama dan berasingan atas prestasi Burj Dubai. Oleh itu, dengan menerima reka bentuk SOM serta dilantik sebagai Jurubina dan Jurutera Rekod, Hyder Consulting menjadi Penasihat Rekabentuk untuk menara ini.
Jumlah perbelanjaan projek Burj Khalifa dianggarkan sekitar AS$1.5 bilion; dan untuk seluruh projek "Downtown Dubai" pula, AS$20 bilion.[12] Mohamed Ali Alabbar, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Properties, ketika berucap di Kongres Dunia ke-8 Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar, mengumumkan bahawa harga ruang pejabat di Burj Khalifa telah mencecah AS$4,000 sekaki persegi (atau lebih AS$43,000 semeter persegi), lebih-lebih lagi Armani Residences yang juga terletak di Burj Khalifa, dijual pada AS$3,500 sekaki persegi (lebih AS$37,500 semeter persegi).[13]

No comments:

Post a Comment