Friday 2 March 2012

Faedah Mempelajari Pengunaan Komputer :D


Kemajuan teknologi moden tidak dapat dipisahkan dengan pengunaan komputer. Oleh sebab itu, bukanlah sesuatu yang luar biasa jika orang lebih memandang tinggi kepada mereka yang tahu menggunakan komputer. Fenomena ini menyebabkan orang ramai berlumba-lumba mempelajari dan mendalami kemahiran menggunakan komputer.

Pada masa kini, kebanyakan maklumat telah diprogramkan dalam cakera liut. Jadi, jika kita ingin memperoleh sesuatu maklumat kita hanya perlu menekan butang papan kekunci. Di sini, jelaslah kepada kita bahawa komputer dapat menguruskan kerja dengan lebih mudah dan cepat.

Kemudahan ini tidak terhad kepada perkara yang berkaitan pekerjaan, tetapi meliputi bidang akademik. Oleh sebab banyak cakera liut yang menerangkan secara mendalam tentang sesuatu pelajaran, mudahlah bagi murid untuk mempelajari dan mengulang kaji sesuatu pelajaran.

Sebenarnya, ramai yang tahu bahawa apabila boleh menguasai "bahasa" komputer, bermakna lebih mudah memperoleh sesuatu pekerjaan. Keadaan ini berlaku kerana selain memperoleh keputusan akademik yang baik, kemahiran komputer dapat menyempurnakan sesuatu tugas dengan mudah.

Mereka yang tahu menggunakan komputer sering ke hadapan dalam pelbagai bidang, baik dalam pelajaran mahupun pekerjaan. Menyedari keadaan ini, ramai yang sanggup mengeluarkan wang untuk mempelajarinya.

Berdasarkan keterangan yang diberi, jelaslah kepada kita bahawa banyak faedah yang diperoleh apabila kita tahu menggunakan komputer. Cuma awas, janganlah pula menyalahgunakannya dengan perkara yang tidak berfaedah.

No comments:

Post a Comment