Friday 6 April 2012

HARGA SEGELAS SUSU

Seorang budak lelaki miskin berjalan darari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya.Menjelang tengah hari, dia sudah berasa letih, namun tidak mahu pulang selagi belum habis jualannya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat minta segelas air dari sebuah rumah berdekatan."Kakak, boleh berikan saya segekas air?"
   Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.
  "Tunggu sebentar ya." Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya.Budak itu terus minum tanpa berlengah.
   "Berapa ya saya berhutang dengan kakak?" katanya sambil menyeluk saku poketnya.
   "Tak perlu bayar"
   "Tetapi saya hanya minta air kosong.Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa dari orang lain tanpa bayaran."
   "Kalau begitu bayarlah dengan ucapan'aihandlillah' dan terima kasih"
   "Okey,alhamdulillah.Terima kasih kakak!"
    Budak tersebut segera beredar kembali menjaja kerepeknya.Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang.Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.
   Beberapa tahun berlalu, wanita itu diserang penakit serius.Dia  dirawat di hospital di bandar tersebut, dengan kelolaan doktor pakar.
   Rupa-rupanya doktor yang merawat wanita itu adlah budak lelaki yang pernah diberikan segelas kepadanya pada waktu dulu.Si doktor masih mengenali

No comments:

Post a Comment